ya Allah, aku berlindung dengan-Mu drpd hati yg tdk khusyuk, doa yg tdk didengari, drpd nafsu yg tdk puas, serta ilmu yg tdk b'manfaat..

Saturday 30 April 2011

hari tu..hari ni..esok...

-Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang-



hari tu...dapat ke kenduri saudara jauh..setelah sekian lama tak dapat ke kenduri (kerana berada di kolej), dan sangat mengidamkan nasi minyak.. (^_^)v kendurinya di dewan. simple tapi saya suka tgk!
lepas tu ada lagi 1 kenduri.kali ni nasib agak baik, sebab pengantin pun baru sampai masa saya dan family tiba. jadi dapat lah tengok pengantin berarak sambil diiringi kompang dan selawat. saya tak ambil kisah sangat sebab tiba-tiba hati terpukul sekali dengan alunan kompang tu..hmm...

hari ni....punya la banyak kenduri..on the way balik kampung tadi, merata-rata ja ada kenduri. parent saya dapat 3 jemputan kenduri. 2 di rumah dan 1 di kampung. saya tak ikut pun parent pergi kenduri di rumah.. malas lah.. asyik tengok orang je..

esok...sepupu saya akan bertunang..dan ada juga yang akan akad nikah esok..ada lagi jemputan ke walimah.. hmm...


kita bila?  


-cuma Allah yg ada jawapan itu.. bersabarlah dan perbaiki peribadi. Allah knows best!-

Friday 29 April 2011

"kelahiran"...

-Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang-



baru selesai tengok imam muda. alhamdulillah, tidak ada yang tersingkir minggu ni. sejak musim pertama lagi saya berharap tidak ada di kalangan imam2 muda ni yg tersingkir walau seorang pun. sebab mereka semua berpotensi! potensi mereka untuk menjadi ikon anak muda yang hebat! saya sangat teruja bila mendapat tahu rancangan imam muda ni mendapat perhatian di seluruh dunia! subhanallah! how great!sesuai dengan slogannya "terus memecah tradisi"!

malam ni merupakan episod pertama imam muda musim ke-2. tema minggu ni adalah "kelahiran". semua imam muda dibawa ke satu tempat di mana terdapat janin yang dibuang di situ. sampainya hati siapa yang sanggup buat macam tu...saya tersentuh bila melihat imam muda Najdi dan imam muda Fakhrul menangis..susah kan nak tengok lelaki menangis? saya salute mereka! =) selepas itu semua imam muda dibawa ke KEWAJA yang menempatkan remaja2 yang hamil luar nikah untuk imam2 muda ni menyelami jiwa mereka sekaligus memberi mereka nasihat.

saya teringat nasihat dan pesanan lecturer saya semasa kuliah yang lepas. lecturer saya ni pernah bekerja di Emergency Department (ED). pesannya, "don't fool yourself because of a man. concentrate dulu study korang. kalau bf korang ajak pegi date time korang nak study, bagitaw die korang nak study. kalau bf korang tu ragu2 dengan alasan korang tu, tinggalkan je dia. kalau bf korang tu sayang kat korang, dia mesti akan faham yang korang nak study. kalau tak, just leave him. concentrate dulu study. nanti yang rugi bukan dia, korang jugak". haa..lebih kurang macam tu la pesan lecturer saya.

seorang lagi lecturer saya yang merupakan seorang doktor, juga di Emergency Department, juga pernah berpesan, "don't ever kill yourself because of a man!" (dalam kelas saya semua perempuan!).  astaghfirullah.. semoga kita semua dijauhkan daripada perkara2 sebegitu.. lecturer saya nampak macam sangat kesal dengan peristiwa itu, kerana student tu merupakan student dia jugak.. lagi lecturer saya berkongsi beberapa cerita sepanjang dia menjadi doktor di ED..

kisah pertama;
ada seorang pak cik menghantar anaknya ke ED selepas anaknya mengadu sakit di bahagian perut. sampai di ED,doktor bertugas terus merawat anaknya. selesai merawat, doktor tersebut keluar lalu mengucapkan tahniah kepada pakcik berkenaan kerana telah mendapat cucu. Pangg! satu penampar singgah di pipi doktor berkenaan! "macam mana saya boleh dapat cucu sedangkan anak saya belum lagi berkahwin??"

kisah kedua;
seorang gadis di bawa ke ED setelah mengalami pendarahan di bahagian vaginanya. setelah diperiksa, pendarahan di bahagian vaginanya menunjukkan tanda2 pendarahan selepas bersalin. masalahnya di mana bayinya?? terus doktor meminta dia memberitahu di mana dia letakkan bayinya. selepas dipaksa, barulah dia memberitahu bahawa bayinya ada di bawah katilnya! terus doktor menelefon polis minta polis melihat keadaan bayi itu. malangnya, bayi itu sudah kebiruan, dan kain yang membaluti bayi itu sudah dipenuhi darah! no wonder..sebab dia potong tali pusat bayinya sendiri dan tak clamp tali pusat tu. (tali pusat yang dipotong sepatutnya di clamp untuk mengelakkan pengaliran darah, kerana tali pusat adalah laluan darah semasa bayi di dalam kandungan).

kisah ketiga;
seorang lelaki membawa kekasihnya ke ED kerana kekasihnya mengadu sakit di bahagian abdomen. setelah beberapa pemeriksaan dilakukan (termasuklah CT Scan) didapati perempuan ini mengandung! terjadilah 'drama' di antara pasangan kekasih ini. si lelaki mendakwa kekasihnya curang. si perempuan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kekasihnya itu. gadis tersebut membuat keputusan untuk menggugurkan kandungannya. apa yang dikesalkan, setelah beberapa lama, si perempuan tersebut kembali melakukan 'perkara' yang sama dengan kekasihnya....hmm...

kisah ni saya kongsikan supaya kita semua dapat ambil iktibar dan berfikir lebih jauh sebelum melakukakn sesuatu, terutamanya sesuatu yang melibatkan maruah diri dan juga keluarga kita. ambil iktibar dan berfikirlah!
semoga Allah melindungi kita semua daripada perkara2 yang dilarang-Nya. aminn...



Wednesday 20 April 2011

Erti Bersahabat

-Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang-



Dalam dunia ini,

Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.

Tetapi dalam kita bersendiri,

Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.



Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.

Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..

Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.



Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??

Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,

Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.



Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,

Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.



Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,

Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,

disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,

kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.


Sedar dan bangunlah, adakah kita benar-benar bersahabat? Bersahabat seperti Rasulullah dan Abu Bakar?

Tuesday 19 April 2011

Obesiti!

-Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang-



"pity them..." itulah yang terlintas di fikiran saya apabila melihat berita di tv. dalam menangani obesiti yang dikatakan di tahap membimbangkan bagi rakyat malaysia, kantin sekolah tidak digalakkan untuk menjual nasi lemak! owhh! masih saya ingat ketika saya masih di bangku sekolah rendah dulu, nasi lemak adalah merupakan makanan wajib bagi pelajar-pelajar di sekolah saya, selain mee goreng dan sebagainya.

malaysia dikatakan 'syurga' makanan. ya! daripada sudut pandangan saya sendiri juga begitu. malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai jenis makanan. tak perlu bersusah payah ke luar negara, cari saja apa jua jenis makanan di malaysia, semuanya ada. dari makanan barat, thailand, asia barat, itali, semuanya ada. di tempat saya (alor setar), boleh saya katakan selang beberapa meter saja, ada saja peniaga yang menjual nasi lemak di pagi hari. 

itu cerita bab makanan. balik semula kepada cerita obesiti. apa sebenarnya puncanya? mudah. tidak mengamalkan pemakanan seimbang! tidak saya nafikan keturunan juga merupakan salah satu puncanya. itu faktor yang tidak dapat diubah (unmodified factor). unmodified factor ini sedikit. selain keturunan, gender dan umur juga merupakan sebahagian daripadanya. apa yang dapat diubah (modified factor) adalah lebih banyak daripada yang tidak dapat diubah. jadi ada baiknya kita berusaha mengubah apa yang dapat diubah, seperti mengamalkan diet yang seimbang.

berikut adalah beberapa tips yang boleh kita amalkan dalam mengimbangi diet seharian kita :
1) Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.
2) Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya “Bismillah” dan menyudahinya dengan “Alhamdulillah”.
3) Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.
4) Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.
5) Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.
6) Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.
7) Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
8) Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.
9) Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
10) Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi
11) Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.
12) Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protein dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda.
13) makan mengikut saranan nabi kita,"makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang."


wallahualam...       

Monday 18 April 2011

cupcakes!

-Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang-


emm... dah lama dah sebenarnya saya teringin nak buat cupcake sendiri. biasa lah sekarang kan tengah trend cupcake ni. as a hantaran, as a birthday cake.. macam-macam lagi la. saya kalau nak cuba resepi-resepi ni, saya suka yang simple saja. supaya mudah untuk mencari bahan dan jimat kos! jadinya saya akan 'google' sampailah saya jumpa resepi yang mudah didapati bahan-bahannya. ok, ini adalah resepi mudah dan ringkas yang saya berjaya 'google' kan ;

bahan-bahan :
125g tepung naik sendiri
125g gula kastor
125g butter
2 biji telur
½ sudu teh esen vanilla
2 sudu makan susu

Cara :
1.Putarsemua bahan cupcakes kecuali susu hingga sebati.
2.Masukkan susu dan putar lagi.
3.Bahagikan adunan kepada 12 kertas muffin.
4.Bakar cupcakes 15-20 minit, 200ÂșC.

Icing :
2 putih telur
3 cawan gula icing (manis sgt…kurangkan sket)
1 sudu teh jus lemon

Cara:
1.Putar putih telur dan gula icing (5 minit)
2.Masukkan jus lemon dan putar lagi adunan (2 minit)
3.Sapukan icing pada cupcakes 

haa, kan simple saja resepi ni? insya-Allah akan saya cuba nanti.. =)

Sunday 17 April 2011

5 before 5...

-Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang-



“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, yaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.” (Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)

exam final baru saja tamat minggu lepas. alhamdulillah, syukur kerana diizinkan Allah untuk menghadapi hari-hari exam selama 3 hari berturut-turut tanpa sebarang masalah besar. cumanya sedikit selsema yang pada saya masih perkara kecil jika dibandingkan dengan perkara-perkara lain seperti perlu stay di hospital kerana sakit. dan biasalah, 'tidak boleh jawab exam' itu antara masalah-masalah yang juga biasa bagi mereka yang bergelar student ni (termasuklah saya!). 

saya tak ingat sejak bila saya mula sedar untuk study awal dengan seriusnya untuk exam, tapi seperkara yang saya paling benci adalah study dalam keadaan kelam kabut, ataupun lebih familiarnya adalah 'study last minute'! walaupun saya benci study kelam kabut ni, tapi saya selalu buat! saya bukanlah seorang student 'dean list' setiap semester, tapi seperti yang mak saya selalu pesan, "catatlah kejayaan peribadi kita sendiri". dan satu lagi yang mengingatkan saya untuk study awal adalah hadith di atas ni, iaitu "masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk". sungguh! itulah yang selalu terjadi. bila datang waktu sibuk baru menyesal mengingati masa lapang dahulu. 

puncanya mudah! MALAS! tak perlu tuding jari kepada orang lain, saya sendiri juga sama. apa salahnya jika kita berusaha sedikit awal? bukan untuk orang lain, untuk diri kita sendiri. yang dapat kejayaan itu juga bukan orang lain, kita sendiri juga! janganlah merungut selepas saja keluar dari exam hall, "ohh susahnya soalan exam tadi..". jika hendak merungut, fikir semula, benarkah soalan itu sememangnya susah? ataupun kita sendiri yang 'tak habis belek' nota lecturer? wallahualam..itulah yang selalu saya fikir bila tak boleh jawab exam dengan baik. 

jadinya, gunakan masa lapang anda beberapa minggu sebelum exam tu untuk mula study dengan serius untuk exam anda. Rasulullah s.a.w. bukan saja-saja bersabda begitu, tapi untuk mengingatkan kita awal-awal lagi. cuma untuk mengamalkannya atas pada diri kita sendiri. 

wallahualam....

segala yang baik daripada Allah, yang buruk itu daripada Allah jua tetapi melalui kelemahan diri saya sendiri..

  
   

being a nurse is a noble work?

-In The Name of Allah,The Most Gracious, The Most Merciful-


hey everyone! have you ever been admitted to the hospital before? if you did, you should have your very own experience towards being hospitalized, rite? as for me, I've never being admitted to the hospital. even if I did, I just admitted as an out-patient only. I didn't stay overnight at the hospital. that was when I was about 5 or 6 years old like that, for the reason of I broke my forehead when I fall and hit the sharp rocks. and until now the scar stick at my forehead. so I don't have any experience staying at the hospital.

I would like to ask anyone of you who had been admitted before, what was your thinking about all the medical workers? specifically the nurse? (because I am a nurse!). I myself don't even know what people think towards us. and why you think such ways? 
  

   

Saturday 16 April 2011

life means gives!




assalamualaikum!

hai everyone! this blog is being created to share with you everything about what am I thinking about, that I think will be useful to all of us. Insya-Allah I will try my best to give the very best of me, as a student nurse, as a friend, as a daughter, as a sister, and the most important as a slaver of Allah, insya-Allah..