-Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang-
nothing much that we can do in OT. all we did is only observed! no wonder..sebab saya tengok semua staf-staf dalam OT cekap buat kerja. ya la, operating people isn't something that we can play around.. of course kena buat betul-betul. so as a student, and for the first time entering OT, all we can do is only observes. saya dan partner diletakkan di bahagian orthopedic surgery.pembedahan tu lebih kurang macam 'total hip replacement'.frankly speaking tak dapat tengok sangat surgery tu sebab patient tu dikelilingi oleh surgeons, doctors, and nurses. dalam 'ketaknampakan' tu saya cuba untuk belajar benda lain dalam OT tu. saya tengok keliling, kemudian baru teringat objektif masuk ke dalam OT bukan hanya untuk tengok surgery, tetapi untuk lihat apa tanggungjawab nurse semasa pembedahan berlangsung. nurses dalam OT banyak jenis, berbeza daripada nurse di wad biasa. di OT ada scrub nurse (the one who hand over equipments to surgeons), anesthetic nurse (the one who help anesthetist doctor when anestheting the patient), dan circulating nurse (the one who responsible to count fluid loss and some other things regarding patient during surgery). semuanya berbeza. saya akui nurses di OT memang cekap! (of course they should..!). mulalah saya terfikir kalaulah mula kerja nanti dihantar ke OT...Allah...saya tak tahu nak cakap apa..!
hari kedua di OT, kami belajar receiving patient dan hand over patient from the ward. dan saya agak excited sebab hari ni ada surgery for gynecology case (sakit puan). interesting lah sebab ini berkaitan dengan perempuan. saya tengok fail patient dan berbual dengan patient. puan tersebut akan menjalani pembedahan membuang uterus atau lebih dikenali sebagai rahim! Allah.. rahim tu ibaratnya harga diri wanita..bayangkanlah ia akan dibuang...sayunya hati..saya dan team saya ikut puan tersebut ke dalam dewan bedah untuk menyaksikan pembedahan beliau. menyaksikan pembedahan tersebut membuatkan saya mahu lebih menghargai uterus yang Allah kurniakan kepada saya dan setiap perempuan di dunia ini. saya berdoa kepada Allah supaya saya dan keluarga saya dijauhkan daripada segala penyakit berbahaya...
nasihat saya kepada diri saya sendiri dan juga anda semua, jagalah kesihatan kita. syukuri nikmat kesihatan yang Allah berikan kepada kita. mungkin juga apabila kita tidak menghargai dan mensyukurinya, Allah akan tarik balik nikmat tersebut. once sesuatu penyakit hinggap di badan kita, potensi untuk mendapat penyakit lain akan juga ada. dan ingatlah, perut adalah selalunya punca bermulanya kebanyakan penyakit. jadi, jaga pemakanan kita. lihat apa yang kita makan setiap hari. Islam sebagai agama yang syumul ada panduan untuk pemakanan seharian kita. makan makanan yang halal, bersih, dan yang baik untuk kesihatan. halalan toyyiba..jadikan Islam sebagai cara hidup. insya-Allah, jika kita menjaga agama Allah, Allah juga akan menjaga kita. wallahua'lam...
No comments:
Post a Comment