ya Allah, aku berlindung dengan-Mu drpd hati yg tdk khusyuk, doa yg tdk didengari, drpd nafsu yg tdk puas, serta ilmu yg tdk b'manfaat..

Wednesday 27 July 2011

.................speechless............

-Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang-

pagi ini,hati saya kosong semasa melangkah ke kelas...semalam, lebih kurang pukul 9.20 mlm dapat berita kematian tok saya...semasa dapat berita tu, perasaan saya berbelah bahagi...jasad di depan laptop, mata menatap butir-butir tulisan assignment yang perlu disiapkan, tapi hati dan fikiran saya entah ke mana-mana, mungkin juga sudah sampai di kampung di Pulau Pinang...saya tak dapat tumpukan perhatian lagi untuk terus menyiapkan assignment yang semakin hari semakin menimbun.. di fikiran saya cuma satu saat itu..........mahu balik kampung!! mahu menatap wajah tok buat kali terakhir.....mahu membaca ayat-ayat suci al-Quran di sisinya, sebelum tok di semadikan di istirahat yang panjang...

tapi........semua itu cuma dalam fikiran saya......hakikatnya, saya masih di kuala lumpur hingga saat ini......saya tidak pulang ke Pulau Pinang atas sebab-sebab tertentu..... dan saya sangat terkilan..........tapi saya harus redha...........yang saya mampu lakukan hanyalah terus menyedekahkan al-Fatihah kepada tok dan berdoa semoga segala urusan pengebumian tok berjalan lancar...... 

semoga Allah redha dan mencucuri rahmat ke atas roh tok dan menerima segala amal kebajikan tok..... dan semoga kesemua 11 anak-anak tok (termasuk abah saya) diberi ketenangan dan redha atas pemergian yang tiada galang ganti ini...setiap apa yang Allah tetapkan itu adalah yang terbaik untuk semua....jadi sebagai hamba, redha lah....

cukuplah setakat ini......semakin saya tulis, semakin laju air mata ini mengalir.......

Monday 25 July 2011

-sebuah pertemuan-

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina 

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman


terima kasih Tuhan...atas sebuah pertemuan...! 

Wednesday 20 July 2011

-silaturahim-

-Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang-

lama sudah rasanya tak menulis di blog ni.. hmm..mungkin disebabkan sibuk mengenai isu-isu semasa yang melanda negara sekarang.. boleh jugak disebabkan tekanan untuk menyiapkan assignment yang due date nya lebih kurang sebulan dari sekarang, walaupun sebulan, tapi banyak komitmen yang harus diberi untuk siapkan assignment ini ...(biasalah, final sem assignment..). itu belum lagi assignment yang bakal diterima untuk subjek-subjek lain..mungkin jugak disebabkan konflik diri dalaman dan luaran yang berlaku di sekeliling saya..tak perlulah untuk saya senaraikan satu persatu, tapi minggu lepas boleh saya katakan minggu yang sangat mencabar fizikal dan mental saya..dunia, dunia... dalam pada diri ini di 'stress' kan dengan hal-hal duniawi, terlintas satu lagu di fikiran saya.. lagu ni mungkin ada kaitan dengan konflik yang berlaku di sekeliling saya.. lagu yang ringkas dan pendek, tapi bagi saya amat mendalam maksudnya... hayatilah lagu ni....     

SILATURRAHIM by BPR

Aku sendirian di sini
Terbujur berdiri
Di tengah kota, di tengah kota..

Ramai manusia di sisi
Sombong dan tidak
Bertegur sapa, bertegur sapa...

Bagaimana harus aku buktikan
Silaturrahim suruhan Tuhan
Sampai bila, sampai bila
Begini....

Jika kita hidup di perbatasan
Peluru tidak kenal kasihan
Sampai bila, sampai bila
Begini.....

semoga segala ujian fizikal dan mental yang melanda ini adalah sebagai kifarah kepada dosa-dosa saya yang menggunung tinggi ini....dan semoga dugaan yang bertimpa-timpa ini menjadi titik tolak untuk saya bangun dan berjaya suatu hari nanti, insya-Allah.... la tahzan! Innallaha ma'ana! =)  


Friday 10 June 2011

posting in nephrology ward....

-Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang-

posting minggu terakhir ni group saya ditempatkan di wad nefrologi iaitu wad buah pinggang (kidney). monday, as usual, adalah hari yang 'blur' untuk kami semua. tambahan pulak kolej saya tak pernah dapat penempatan posting di wad tu. jadinya kami semua agak kelam kabut hari tu. biasalah..kalau masuk ke wad baru, management ward pun tak tahu macam mana, tambahan pulak hari isnin memang selalunya hari yang agak sibuk di mana-mana wad juga. kena marah adalah perkara yang biasa untuk hari isnin, sebabnya buat kerja agak slow huhu! tapi tak kisah sangat sebab selalunya CI akan faham kenapa! =) 

tak nak merepek panjang-panjang, apa yang saya dapat pelajari dan ambil iktibar di wad ni adalah, love our kidney, appreciate our life!sayangilah buah pinggang anda, dan hargai kehidupan anda! I seriously mean it! sanggupkah anda, dalam usia semuda 32 tahun, atau mungkin lebih muda daripada itu,  mencuci buah pinggang anda 4 kali sehari, untuk SEUMUR HIDUP?? tidak ada 'cuti' untuk mencuci buah pinggang anda. anda juga akan mudah mendapat jangkitan kuman. fungsi mata anda juga akan semakin hari semakin berkurangan. itu belum termasuk kos yang perlu anda tanggung untuk membeli air untuk rawatan buah pinggang anda yang telah rosak itu. jika anda seorang perempuan, adalah berbahaya untuk anda mengandung saat buah pinggang anda telah rosak, kerana ubat-ubatan yang anda ambil akan menjejaskan kandungan anda. belum termasuk lagi masa yang anda perlukan setiap hari TANPA SKIP untuk membuat rawatan mencuci buah pinggang anda. keluar masuk hospital adalah satu perkara biasa.sanggupkah anda untuk semua itu? tepuk dada, tanya diri.. kalau anda rela untuk semua ni, silakan untuk tidak menjaga buah pinggang anda. makanlah sesuka hati anda..

tujuan saya bukan untuk menakutkan anda semua..walaupun saya hanya sekadar memerhati tanpa melalui apa yang pesakit lalui, tapi dapat saya rasakan betapa sukar pesakit yang rosak buah pinggang mereka. ada yang sehingga berhenti kerja untuk mengikut jadual mencuci buah pinggang itu. nauzubillah...semoga kita semua dijauhkan...

dalam simpati saya kepada pesakit-pesakit ini,juga sebagai peringatan kepada diri sendiri, saya cari punca penyebab kegagalan fungsi buah pinggang ini. banyak puncanya,yang antaranya adalah keturunan. tetapi punca utamanya adalah pemakanan. saya rasa anda semua boleh agak apa jenis makanan yang boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang. antaranya perencah mee segera, minuman 3 in 1, kicap, junk food, dan banyak lagi.pengambilan ubat-ubatan yang di luar keperluan juga antara puncanya. boleh dimakan, tetapi jangan selalu diamalkan.jadi, mari sama-sama jaga pemakanan kita! 

-alhamdulillah,selesai posting minggu ni menandakan selesainya semester 5.. insya-Allah, 1 semester lagi untuk menamatkan zaman diploma student nurse! =)-                 

down....



ya Allah..aku harap aku akan terus kuat dalam menghadapi dunia ini...
selagi nyawaku masih tersisa di badan...
 aku mohon terus-terusan berada dalam perlindungan-Mu...
amin, ya Rabbal 'Alamin...

Thursday 9 June 2011

kisah kambing dan perigi buta

-Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang-

ada seekor kambing yang terjatuh ke dalam sebuah perigi buta. kambing tersebut mengembek sehingga menarik perhatian orang ramai yang lalu lalang. orang ramai berfikir bagaimana ingin membantu mengeluarkan kambing tersebut dari perigi buta itu. perbincangan mengambil masa berhari-hari. malangnya mereka tidak temui cara untuk mengeluarkan kambing tersebut. akhirnya mereka sepakat untuk mengambus perigi tersebut dengan andaian bahawa kambing tersebut tidak dapat diselamatkan lagi dan perlu dikambus bagi mengelak bau busuk bangkai si kambing.

penduduk kampung bergotong-royong menimbus perigi buta itu. sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib si kambing. bukan sekadar terjatuh ke dalam perigi buta, malah ingin dikambus hidup-hidup oleh penduduk kampung. pasti tamat riwayat si kambing. namun kambing tersebut tidak berputus asa. setiap kali tanah dan pasir dituang ke dalam perigi, kambing tersebut akan menggoyangkan badannya bagi menyingkirkan tanah daripada berkumpul di atas belakang badannya.

penat kerana tidak makan dan minum selama beberapa hari tidak dipedulikan sang kambing, sebaliknya makin bersemangat. makin lama makin tinggi timbunan tanah dan makin cerah jugalah harapannya untuk keluar dari perigi tersebut. akhirnya si kambing terselamat. dia melompat keluar dengan girang.

pengajaran : Allah berfirman yang bermaksud; "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (94:5-6)

sumber : Majalah SOLUSI isu no. 32  


Wednesday 8 June 2011

nikah...sebuah perjanjian dengan Allah....

-Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang-

terasa seruntun malu menyerbu..tetapi ingin juga sy kongsikan tentang beberapa perkara..ini mungkin cerita tentang hati, mungkin juga tentang hidup, atau mungkin juga tentang masa depan..

ada yg bertanya kepada diri ini, "kamu tidak punya teman lelaki, special boyfriend or sgala mcm yg itu..??"sy tersenyum.. biasalah tu kalau org bertnya..[ kata hati sy..]

tp sejak akhir2 ini, setiap kali sy menemui seseorg, yg mgkin baru mngenali sy.. tak kira di mana.. saudara jauh sy, or ketika sy di bank krn beberapa urusn td pun.. ada yg bertnya.. "awk sudah bernikah? or awk sudah berkeluarga?"sy tersenyum lg dgn pertanyaan itu..dan dihati hati sy mnjawab..sampai jodoh pasti sy menikah, walaupun pada saat ini sy blm bertemu lg dgn jodoh yg sesuai buat sy..:)

~PERLUkah utk ada special boyfriend? or istilah org tgh bercinta.. iaitu kekasih hati??

hmm.. sy rasa tidak perlu,.itulah yg sering sy jawab setelah sy mengetahui hakikat cinta di sisi kaca mata islam, bukan di sisi kaca mata sy sbgai seorang manusia yg punya kehendak..

"kamu tak terasa sunyi tak ada boyfriend?".. kdg2 pertanyaan itu melampau sy rasakn. ttapi, bg org yg sudah biasa, pertanyaan itu normal.. dan jawapan sy utk soalan itu, sy tidak pernah terasa sunyi, krn telah ada beberapa perkara yg mengisi segala kesunyian sy.

"kamu tidak pernah ingin rasa dicintai dan mencintai seseorg??"sy tersenyum lagi.. sungguh tidak pernah hati ini ingin menipu, krn cinta adalah sebuah anugerah, dan ia sebuah perasaan yg fitrah bg setiap manusia. cuma, bukan utk sy labuhkan cinta ini kepada org yg salah, atau orang yg tidak berhak utk memiliki cinta sy.. cinta itu harus dilabuhkan kena pada tempatnya..

"kalau macam tu, sampai bila hendak menunggu sehingga kamu mampu utk menyintai seseorang?"..bila sampai waktunya, stelah sy bersedia dan ada komitmen utk menikah, dan ada seseorg yg juga berkomitmen yg besar utk menikahi sy..pasti akan sy buka hati sy utk menerima dan menyintainya..dan itupun setelah dia menjadi suami yg sah di sisi Allah buat sy..

~jadilah kamu diantara orang2 yg bebas dr VIRUS merah jambu, krn ia mengotorkan hati, ia akan merosakan hati seperti kanser. jika tidak dicegah, maka ia akan merebak dan terus merebak. krn itulah mencegah lebih baik dari mengubati..~

NIKAH itu ibadah.. bukan sekadar memenuhi tuntutan..nikah adalah janjimu dengan Allah, dengan keluarga pasangan, dengan pasangan yg kamu nikahi dan dengan kehidupan kamu sepanjang hayat. Ia memerlukan kesediaan luar biasa. Bukan sekadar kesediaan utk membuka hati memberi cinta dan kasih sayang, tetapi kesediaan utk bertanggungjawab ke atas sebuah pernikahan dan sebuah kehidupan.. dan di dalam kesediaan menerima pasangan itu tidak kalah penting juga adalah kesediaan menerima agamanya.

sy pernah mendengar, ketika sy mghadiri satu majlis ilmu, bahawa seorang muslim yg belum bernikah mempunyai satu amanah yg sgt berat ketika dia bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Dan ia merupakan kesaksian pertama yg pasti ada bg setiap muslim yg blm menikah. Namun bg setiap muslim yg telah menikah, maka bertambahlah satu lagi kesaksian yg berat, iaitu setelah seorang muslim itu melafazkan akad nikah. Krn kesaksian akad nikah merupakan perjanjian dengan Allah, samalah seperti mana kamu mengucapkan dua kalimah syahadah.

Setiap muslim menganuti agama islam adalah untuk seumur hidup, begitulah juga bagi setiap pasangan yang menikah, pasti pernikahan itu juga,adalah untuk seumur hidup..

Di sini sy ingin menekankan bahawa, CINTA yg satu adalah cinta yg bersih lagi terjaga sepanjang hidupnya.. yang tidak dikotori oleh hawa nafsu semata-mata.

Bagaimanakah cinta yg dikotori hawa nafsu itu??

Dan itulah cinta yang tidak berlandaskan syariat dan keredhaan Allah.

Bagaimana utk memiliki cinta yg berlandaskan syariat dan keredhaan Allah?

~Menikahlah kamu.~
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. [ Ar-Ruum:21]

~Ketika kamu memilih pasangan, pilih dan nilailah pasangan kamu menurut penilai Allah, bukan penilaian manusia..~

ya Allah..Kau pimpinlah aku..
kemurkaanMu adalah ketakutanku..
cintaMu dambaanku..
rinduMu tasbihku..

aku yakin, bahwa Kau telah menjaga hatiku.. hingga ke hari ini..
walaupun Kau tahu belesungkawa yang terbuku di hati saban waktu,
dan jagad rayaMu memahami akan rinduku,
pada insan itu..

aku tahu,
biarpun bibirku menafikan segala gundah itu,
tidakkah Kau ingin aku keluar dari belenggu dosa ini?
ya Tuhanku...

ya Allah,
aku bukan pecundang..
ketika jiwaku goyah,
hatiku parah!

..Barakallahulakuma..~








Friday 3 June 2011

hospital psikiatrik

-Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang-

alhamdulillah, selesai lagi 2 minggu posting. interesting! sebab 2 minggu ni posting di wad psikiatrik Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. kinda excited at first, tapi dalam masa yang sama, juga ada rasa takut dan risau. saya rasa jika anda di tempat saya juga akan ada rasa yang sama. takut dan risau. sebabnya, akan berdepan dengan pesakit mental. lihat saja kalau terserempak dengan 'mereka' di tengah jalan di bandar, apa semua orang akan buat? lari, kan? lagi nya senior2 juga ada bercerita pengalaman mereka selama berada di sana. bayangkan anda akan berada dalam komuniti mereka selama 2 minggu.. apa anda rasa??

at first sampai di sana, diberi taklimat ringkas, kemudian melawat sekitar kawasan hospital. first time melawat ke  wad-wad di sana, masuk bercampur dengan pesakit,Allah...rasa macam nak balik Cheras balik! takut! macam-macam ragam! keesokan hari masuk ke wad yang ditempatkan, masih rasa takut dan tak tahu nak buat apa! then, the so-nice -staff nurse di wad tu brief serba sedikit mengenai wad tersebut, dan kami tengok macam mana staf-staf di wad tersebut layan pesakit (bagi makan, buat aktiviti bersama pesakit, how they talk and treat patient), rasa takut saya mula hilang sedikit demi sedikit. saya mula mendekati pesakit-pesakit ini..

sangkaan saya meleset 90% mengenai pesakit-pesakit mental ini.mereka sebenarnya tidak berbahaya untuk didekati. kebanyakan daripada kita (termasuk saya) takut apabila bertembung dengan pesakit-pesakit mental ini. bukan begitu begitu sebenarnya. mereka perlu dirawat dari segi mental. fizikal mereka kebanyakannya tidak bermasalah. mereka lebih berdisiplin dan lebih menjaga kebersihan daripada kita yang sihat mental fizikal ini.mereka juga lebih caring dan penyayang terhadap kawan-kawan mereka. ada juga pesakit yang gemar menulis, dan tulisannya sangat kemas! pinggan makan mereka dicuci sendiri, tak perlu disuruh, jadual mengemas yang dibuat diikut tanpa perlu disuruh.waktu makan, waktu tidur, waktu mandi, waktu beraktiviti, semuanya mereka turuti dengan patuh! disiplin mereka sangat mengagumkan! sungguh! melihat berbagai-bagai ragam pesakit di situ, timbul perasaan ingin tahu yang amat sangat dalam hati saya apa punca setiap pesakit dimasukkan ke situ. ada pesakit yang nampak ok saja, tak nampak macam mentally illness pun. secara umumnya, pesakit yang dimasukkan ke situ bukan hanya bermasalah 'psychotic', tetapi ada saja yang bermasalah dari segi 'behaviour'.

macam-macam sebab pesakit dimasukkan ke situ. ada yang putus cinta, putus tunang, di rogol, di dera, di buang keluarga, ditipu dari segi kewangan, masalah saka, melanggar pantang bersalin, schizophrenia, dan macam-macam lagi. ada juga di antara mereka yang dahulunya sihat, mempunyai kerjaya yang hebat. tetapi siapa sangka akan diuji sebegitu rupa. bila saya dapat tahu semua ini, saya muhasabah diri saya..

apa yang dapat saya simpulkan di sini, kita tak tahu bagaimana masa depan yang telah ditentukan untuk kita. jadi jangan sombong dengan Allah. jangan fikir kita ni terlalu hebat sehingga terlupa untuk bersyukur kepada Allah, yang lebih Maha Hebat, yang memberi kita kehidupan ini. jangan cakap besar. jangan terlalu taksub dengan sesuatu benda. seimbangkan fizikal dan mental kita. semuanya berbalik kepada kebergantungan kita kepada-Nya. jika kecewa, sedih, marah, tertekan, relaks. kawal diri kita. itulah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan dan ambil iktibar daripada posting saya kali ni. semoga bermanfaat! =)

      


       

Friday 20 May 2011

I want to be a part of OT team!

-Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang-

saya nak kerja kat OT lah! tiba-tiba rasa seronok tengok scrub nurse tu buat kerja masa tengok orthopedic surgery tadi huhu! hand over equipments to the surgeon, being in the sterile field, dapat tengok surgery depan2 bijik mata.. memang macam best lah! then kerja dalam OT tidaklah sesibuk mana saya rasa..( tapi tak pasti jugak sebab dapat masuk 3 hari saja ke OT). kecualilah kalau ada emergency case atau in-charge untuk banyak surgery, mungkin sedikit letih.

seriously sepanjang posting selama ni (dah masuk final year dah), walaupun dah posting ke banyak wad-wad lain dan pernah juga berada di wad yang sama (wad ortopedik) selama 7 minggu berturut-turut, saya tak pernah ada minat untuk bekerja di bidang itu. sama juga dengan wad-wad yang lain, walaupun seronok (terutamanya kalau staf-staf di wad tersebut helpful), saya tak rasa berminat untuk bekerja di situ. wad-wad yang pernah saya masuk contohnya seperti wad urologi, wad ortopedik, wad pediatrik, wad kardiotorasik, wad perubatan, wad pembedahan, wad sakit puan, dan wad bersalin, semuanya kurang menarik minat saya.

because of this excitedness, I asked my tutor about starting works in OT. what does the new qualified staff nurse do in OT usually? my tutor told me that usually the new staff nurse in OT will be send to 'post basic' first to learn more about OT. and of course you will have to take time to learn all that and to be expert in OT. from what I saw in the OT, the new staff nurse is being put as a circulating nurse first. okay then...

tapi risau tu tetap ada...sebab ada seorang kawan pernah beritahu ada seorang staff nurse baru yang ditugaskan di OT, first month being in OT tu, dia asyik menangis saja sebab asyik kena marah saja.. owhh! that's what worried me most...! kalau saya betul-betul berminat untuk kerja di OT, saya harus mula belajar sekarang mengenai hal-hal berkaitan OT.! like what my tutor said, "don't expect that you will know everything in the short time. you will learn everything slowly". 

saya harap saya akan kuat walaupun saya kena marah terutamanya pada masa mula bekerja nanti. tak kisahlah di mana pun saya akan ditugaskan, saya harap saya akan kuat menghadapi segala dugaan dan cabaran, dalam usaha untuk menjadi seorang  mukmin profesional, insya-Allah.. doakan saya ya!    
    

Wednesday 18 May 2011

operation theater...

-Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang-

minggu ni posting di operation theater. lebih sinonim dengan panggilan OT. excited? owhh biasa saja.masa mula-mula dapat tahu dapat posting di OT, rasa agak teruja. sebab apa? sebab bunyinya macam interesting. dan mungkin juga sebab posting di tempat yang baru, dapat merasai suasana baru juga! I actually love differences!

nothing much that we can do in OT. all we did is only observed! no wonder..sebab saya tengok semua staf-staf dalam OT cekap buat kerja. ya la, operating people isn't something that we can play around.. of course kena buat betul-betul. so as a student, and for the first time entering OT, all we can do is only observes. saya dan partner diletakkan di bahagian orthopedic surgery.pembedahan tu lebih kurang macam 'total hip replacement'.frankly speaking tak dapat tengok sangat surgery tu sebab patient tu dikelilingi oleh surgeons, doctors, and nurses. dalam 'ketaknampakan' tu saya cuba untuk belajar benda lain dalam OT tu. saya tengok keliling, kemudian baru teringat objektif masuk ke dalam OT bukan hanya untuk tengok surgery, tetapi untuk lihat apa tanggungjawab nurse semasa pembedahan berlangsung. nurses dalam OT banyak jenis, berbeza daripada nurse di wad biasa. di OT ada scrub nurse (the one who hand over equipments to surgeons), anesthetic nurse (the one who help anesthetist doctor when anestheting the patient), dan circulating nurse (the one who responsible to count fluid loss and some other things regarding patient during surgery). semuanya berbeza. saya akui nurses di OT memang cekap! (of course they should..!). mulalah saya terfikir kalaulah mula kerja nanti dihantar ke OT...Allah...saya tak tahu nak cakap apa..!

hari kedua di OT, kami belajar receiving patient dan hand over patient from the ward. dan saya agak excited sebab hari ni ada surgery for gynecology case (sakit puan). interesting lah sebab ini berkaitan dengan perempuan. saya tengok fail patient dan berbual dengan patient. puan tersebut akan menjalani pembedahan membuang uterus atau lebih dikenali sebagai rahim! Allah.. rahim tu ibaratnya harga diri wanita..bayangkanlah ia akan dibuang...sayunya hati..saya dan team saya ikut puan tersebut ke dalam dewan bedah untuk menyaksikan pembedahan beliau. menyaksikan pembedahan tersebut membuatkan saya mahu lebih menghargai uterus yang Allah kurniakan kepada saya dan setiap perempuan di dunia ini. saya berdoa kepada Allah supaya saya dan keluarga saya dijauhkan daripada segala penyakit berbahaya...



nasihat saya kepada diri saya sendiri dan juga anda semua, jagalah kesihatan kita. syukuri nikmat kesihatan yang Allah berikan kepada kita. mungkin juga apabila kita tidak menghargai dan mensyukurinya, Allah akan tarik balik nikmat tersebut. once sesuatu penyakit hinggap di badan kita, potensi untuk mendapat penyakit lain akan juga ada. dan ingatlah, perut adalah selalunya punca bermulanya kebanyakan penyakit. jadi, jaga pemakanan kita. lihat apa yang kita makan setiap hari. Islam sebagai agama yang syumul ada panduan untuk pemakanan seharian kita. makan makanan yang halal, bersih, dan yang baik untuk kesihatan. halalan toyyiba..jadikan Islam sebagai cara hidup. insya-Allah, jika kita menjaga agama Allah, Allah juga akan menjaga kita. wallahua'lam...  

Sunday 15 May 2011

pediatrics....

-Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang-

alhamdulillah,selesai sudah posting miggu pertama di wad pediatric (wad kanak-kanak). nothing much posting kali ni, di wad ni (untuk saya lah huhu). rasa macam seminggu tu sangat blur... selalunya kalau blur pun hari first je. tapi malam first day posting tu saya kurang sihat, dan dapat MC sehari, tapi saya pergi jugak posting. maybe sebab tu jugak tak ada mood posting untuk minggu tu. 

posting di wad pediatric ni agak berbeza daripada wad-wad lain yang pernah saya masuk. biasalah kanak-kanak, lain cara untuk approach mereka. tambahan pula kanak-kanak selalunya akan 'anti' dengan 'si baju putih' (doktor, nurses). mindset mereka mengatakan "si baju putih datang untuk buat aku rasa sakit!" lebih kurang macam tu la apa yang saya belajar dalam kuliah. selalunya kanak-kanak akan sangat trauma kalau admit ke wad. sebelum ni saya pernah masuk ke wad ini  bersama senior. apa yang saya dapat tengok, memang sangat susah senior2 kami nak buat kerja. kerja akan jadi sangat lambat. kalau di wad biasa kerja tu boleh disiapkan dalam 30 minit, di wad pediatrik boleh jadi 1jam 30 minit!  

alhamdulillah, sepanjang minggu di wad ni, kebanyakan kanak-kanak macam sangat bekerjasama! kebanyakannya tak 'anti baju putih'. jadi agak mudah dan cepat untuk siapkan kerja. mudah juga untuk approach mereka. mula-mula senyum kepada mereka dari jauh, lepas tu baru datang dekat. kalau budak tu senyum balik maknanya ok lah! (dan kebanyakannya begitu!). kemudian main-main dengan mereka sambil buat kerja. dah selesai satu kerja (check suhu, nadi, pernafasan, tekanan darah).

lain pulak ceritanya masa bagi ubat. bab bagi ubat ni susah sikit. kalau budak yang 6 tahun ke atas mudah lah sebab mereka faham dan ikut cakap. yang susahnya kanak-kanak bawah 5 tahun tu la. selalunya ibu atau ayah mereka yang bagi makan ubat. nurses hanya menyediakan ubat tu. saya suka tengok gelagat budak-budak ni makan ubat. kelakar! haha! tapi simpati dengan seorang budak umur 7 tahun ni. masa mula-mula masuk wad dia makan ubat semua ok je. ada 1 hari lepas dia makan ubat, dia muntah-muntah. lepas daripada tu, terus dia tak nak makan ubat.saya tak pasti ubat apa, tapi mungkin jugak reaction daripada sakit dia tu sebab dia muntah-muntah nampak je nurse bawak ubat terus dia menangis. menangis dengan sungguh-sungguh, macam nampak nurse bawak jarum nak inject je. kesian budak tu.

to work in pediatrics ward is still in my KIV list. I do loves kids. but to work on them, I have to think twice. biasalah, setiap kerja ada pro dan kontranya. setiap kerja juga ada risikonya. mungkin saya terlalu memikirkan tentang risiko bekerja di wad pediatrik, sebab tu belum ada keyakinan untuk bekerja di situ. kalau nanti di hantar berkhidmat di situ, insya-Allah akan saya cuba untuk buat yang terbaik. bukan ke 'practice make perfect'? =) 

Saturday 30 April 2011

hari tu..hari ni..esok...

-Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang-



hari tu...dapat ke kenduri saudara jauh..setelah sekian lama tak dapat ke kenduri (kerana berada di kolej), dan sangat mengidamkan nasi minyak.. (^_^)v kendurinya di dewan. simple tapi saya suka tgk!
lepas tu ada lagi 1 kenduri.kali ni nasib agak baik, sebab pengantin pun baru sampai masa saya dan family tiba. jadi dapat lah tengok pengantin berarak sambil diiringi kompang dan selawat. saya tak ambil kisah sangat sebab tiba-tiba hati terpukul sekali dengan alunan kompang tu..hmm...

hari ni....punya la banyak kenduri..on the way balik kampung tadi, merata-rata ja ada kenduri. parent saya dapat 3 jemputan kenduri. 2 di rumah dan 1 di kampung. saya tak ikut pun parent pergi kenduri di rumah.. malas lah.. asyik tengok orang je..

esok...sepupu saya akan bertunang..dan ada juga yang akan akad nikah esok..ada lagi jemputan ke walimah.. hmm...


kita bila?  


-cuma Allah yg ada jawapan itu.. bersabarlah dan perbaiki peribadi. Allah knows best!-

Friday 29 April 2011

"kelahiran"...

-Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang-



baru selesai tengok imam muda. alhamdulillah, tidak ada yang tersingkir minggu ni. sejak musim pertama lagi saya berharap tidak ada di kalangan imam2 muda ni yg tersingkir walau seorang pun. sebab mereka semua berpotensi! potensi mereka untuk menjadi ikon anak muda yang hebat! saya sangat teruja bila mendapat tahu rancangan imam muda ni mendapat perhatian di seluruh dunia! subhanallah! how great!sesuai dengan slogannya "terus memecah tradisi"!

malam ni merupakan episod pertama imam muda musim ke-2. tema minggu ni adalah "kelahiran". semua imam muda dibawa ke satu tempat di mana terdapat janin yang dibuang di situ. sampainya hati siapa yang sanggup buat macam tu...saya tersentuh bila melihat imam muda Najdi dan imam muda Fakhrul menangis..susah kan nak tengok lelaki menangis? saya salute mereka! =) selepas itu semua imam muda dibawa ke KEWAJA yang menempatkan remaja2 yang hamil luar nikah untuk imam2 muda ni menyelami jiwa mereka sekaligus memberi mereka nasihat.

saya teringat nasihat dan pesanan lecturer saya semasa kuliah yang lepas. lecturer saya ni pernah bekerja di Emergency Department (ED). pesannya, "don't fool yourself because of a man. concentrate dulu study korang. kalau bf korang ajak pegi date time korang nak study, bagitaw die korang nak study. kalau bf korang tu ragu2 dengan alasan korang tu, tinggalkan je dia. kalau bf korang tu sayang kat korang, dia mesti akan faham yang korang nak study. kalau tak, just leave him. concentrate dulu study. nanti yang rugi bukan dia, korang jugak". haa..lebih kurang macam tu la pesan lecturer saya.

seorang lagi lecturer saya yang merupakan seorang doktor, juga di Emergency Department, juga pernah berpesan, "don't ever kill yourself because of a man!" (dalam kelas saya semua perempuan!).  astaghfirullah.. semoga kita semua dijauhkan daripada perkara2 sebegitu.. lecturer saya nampak macam sangat kesal dengan peristiwa itu, kerana student tu merupakan student dia jugak.. lagi lecturer saya berkongsi beberapa cerita sepanjang dia menjadi doktor di ED..

kisah pertama;
ada seorang pak cik menghantar anaknya ke ED selepas anaknya mengadu sakit di bahagian perut. sampai di ED,doktor bertugas terus merawat anaknya. selesai merawat, doktor tersebut keluar lalu mengucapkan tahniah kepada pakcik berkenaan kerana telah mendapat cucu. Pangg! satu penampar singgah di pipi doktor berkenaan! "macam mana saya boleh dapat cucu sedangkan anak saya belum lagi berkahwin??"

kisah kedua;
seorang gadis di bawa ke ED setelah mengalami pendarahan di bahagian vaginanya. setelah diperiksa, pendarahan di bahagian vaginanya menunjukkan tanda2 pendarahan selepas bersalin. masalahnya di mana bayinya?? terus doktor meminta dia memberitahu di mana dia letakkan bayinya. selepas dipaksa, barulah dia memberitahu bahawa bayinya ada di bawah katilnya! terus doktor menelefon polis minta polis melihat keadaan bayi itu. malangnya, bayi itu sudah kebiruan, dan kain yang membaluti bayi itu sudah dipenuhi darah! no wonder..sebab dia potong tali pusat bayinya sendiri dan tak clamp tali pusat tu. (tali pusat yang dipotong sepatutnya di clamp untuk mengelakkan pengaliran darah, kerana tali pusat adalah laluan darah semasa bayi di dalam kandungan).

kisah ketiga;
seorang lelaki membawa kekasihnya ke ED kerana kekasihnya mengadu sakit di bahagian abdomen. setelah beberapa pemeriksaan dilakukan (termasuklah CT Scan) didapati perempuan ini mengandung! terjadilah 'drama' di antara pasangan kekasih ini. si lelaki mendakwa kekasihnya curang. si perempuan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kekasihnya itu. gadis tersebut membuat keputusan untuk menggugurkan kandungannya. apa yang dikesalkan, setelah beberapa lama, si perempuan tersebut kembali melakukan 'perkara' yang sama dengan kekasihnya....hmm...

kisah ni saya kongsikan supaya kita semua dapat ambil iktibar dan berfikir lebih jauh sebelum melakukakn sesuatu, terutamanya sesuatu yang melibatkan maruah diri dan juga keluarga kita. ambil iktibar dan berfikirlah!
semoga Allah melindungi kita semua daripada perkara2 yang dilarang-Nya. aminn...



Wednesday 20 April 2011

Erti Bersahabat

-Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang-



Dalam dunia ini,

Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.

Tetapi dalam kita bersendiri,

Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.



Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.

Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..

Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.



Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??

Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,

Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.



Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,

Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.



Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,

Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,

disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,

kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.


Sedar dan bangunlah, adakah kita benar-benar bersahabat? Bersahabat seperti Rasulullah dan Abu Bakar?

Tuesday 19 April 2011

Obesiti!

-Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang-



"pity them..." itulah yang terlintas di fikiran saya apabila melihat berita di tv. dalam menangani obesiti yang dikatakan di tahap membimbangkan bagi rakyat malaysia, kantin sekolah tidak digalakkan untuk menjual nasi lemak! owhh! masih saya ingat ketika saya masih di bangku sekolah rendah dulu, nasi lemak adalah merupakan makanan wajib bagi pelajar-pelajar di sekolah saya, selain mee goreng dan sebagainya.

malaysia dikatakan 'syurga' makanan. ya! daripada sudut pandangan saya sendiri juga begitu. malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai jenis makanan. tak perlu bersusah payah ke luar negara, cari saja apa jua jenis makanan di malaysia, semuanya ada. dari makanan barat, thailand, asia barat, itali, semuanya ada. di tempat saya (alor setar), boleh saya katakan selang beberapa meter saja, ada saja peniaga yang menjual nasi lemak di pagi hari. 

itu cerita bab makanan. balik semula kepada cerita obesiti. apa sebenarnya puncanya? mudah. tidak mengamalkan pemakanan seimbang! tidak saya nafikan keturunan juga merupakan salah satu puncanya. itu faktor yang tidak dapat diubah (unmodified factor). unmodified factor ini sedikit. selain keturunan, gender dan umur juga merupakan sebahagian daripadanya. apa yang dapat diubah (modified factor) adalah lebih banyak daripada yang tidak dapat diubah. jadi ada baiknya kita berusaha mengubah apa yang dapat diubah, seperti mengamalkan diet yang seimbang.

berikut adalah beberapa tips yang boleh kita amalkan dalam mengimbangi diet seharian kita :
1) Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.
2) Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya “Bismillah” dan menyudahinya dengan “Alhamdulillah”.
3) Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.
4) Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.
5) Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.
6) Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.
7) Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
8) Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.
9) Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
10) Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi
11) Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.
12) Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protein dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda.
13) makan mengikut saranan nabi kita,"makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang."


wallahualam...       

Monday 18 April 2011

cupcakes!

-Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang-


emm... dah lama dah sebenarnya saya teringin nak buat cupcake sendiri. biasa lah sekarang kan tengah trend cupcake ni. as a hantaran, as a birthday cake.. macam-macam lagi la. saya kalau nak cuba resepi-resepi ni, saya suka yang simple saja. supaya mudah untuk mencari bahan dan jimat kos! jadinya saya akan 'google' sampailah saya jumpa resepi yang mudah didapati bahan-bahannya. ok, ini adalah resepi mudah dan ringkas yang saya berjaya 'google' kan ;

bahan-bahan :
125g tepung naik sendiri
125g gula kastor
125g butter
2 biji telur
½ sudu teh esen vanilla
2 sudu makan susu

Cara :
1.Putarsemua bahan cupcakes kecuali susu hingga sebati.
2.Masukkan susu dan putar lagi.
3.Bahagikan adunan kepada 12 kertas muffin.
4.Bakar cupcakes 15-20 minit, 200ÂșC.

Icing :
2 putih telur
3 cawan gula icing (manis sgt…kurangkan sket)
1 sudu teh jus lemon

Cara:
1.Putar putih telur dan gula icing (5 minit)
2.Masukkan jus lemon dan putar lagi adunan (2 minit)
3.Sapukan icing pada cupcakes 

haa, kan simple saja resepi ni? insya-Allah akan saya cuba nanti.. =)

Sunday 17 April 2011

5 before 5...

-Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang-



“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, yaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.” (Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)

exam final baru saja tamat minggu lepas. alhamdulillah, syukur kerana diizinkan Allah untuk menghadapi hari-hari exam selama 3 hari berturut-turut tanpa sebarang masalah besar. cumanya sedikit selsema yang pada saya masih perkara kecil jika dibandingkan dengan perkara-perkara lain seperti perlu stay di hospital kerana sakit. dan biasalah, 'tidak boleh jawab exam' itu antara masalah-masalah yang juga biasa bagi mereka yang bergelar student ni (termasuklah saya!). 

saya tak ingat sejak bila saya mula sedar untuk study awal dengan seriusnya untuk exam, tapi seperkara yang saya paling benci adalah study dalam keadaan kelam kabut, ataupun lebih familiarnya adalah 'study last minute'! walaupun saya benci study kelam kabut ni, tapi saya selalu buat! saya bukanlah seorang student 'dean list' setiap semester, tapi seperti yang mak saya selalu pesan, "catatlah kejayaan peribadi kita sendiri". dan satu lagi yang mengingatkan saya untuk study awal adalah hadith di atas ni, iaitu "masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk". sungguh! itulah yang selalu terjadi. bila datang waktu sibuk baru menyesal mengingati masa lapang dahulu. 

puncanya mudah! MALAS! tak perlu tuding jari kepada orang lain, saya sendiri juga sama. apa salahnya jika kita berusaha sedikit awal? bukan untuk orang lain, untuk diri kita sendiri. yang dapat kejayaan itu juga bukan orang lain, kita sendiri juga! janganlah merungut selepas saja keluar dari exam hall, "ohh susahnya soalan exam tadi..". jika hendak merungut, fikir semula, benarkah soalan itu sememangnya susah? ataupun kita sendiri yang 'tak habis belek' nota lecturer? wallahualam..itulah yang selalu saya fikir bila tak boleh jawab exam dengan baik. 

jadinya, gunakan masa lapang anda beberapa minggu sebelum exam tu untuk mula study dengan serius untuk exam anda. Rasulullah s.a.w. bukan saja-saja bersabda begitu, tapi untuk mengingatkan kita awal-awal lagi. cuma untuk mengamalkannya atas pada diri kita sendiri. 

wallahualam....

segala yang baik daripada Allah, yang buruk itu daripada Allah jua tetapi melalui kelemahan diri saya sendiri..

  
   

being a nurse is a noble work?

-In The Name of Allah,The Most Gracious, The Most Merciful-


hey everyone! have you ever been admitted to the hospital before? if you did, you should have your very own experience towards being hospitalized, rite? as for me, I've never being admitted to the hospital. even if I did, I just admitted as an out-patient only. I didn't stay overnight at the hospital. that was when I was about 5 or 6 years old like that, for the reason of I broke my forehead when I fall and hit the sharp rocks. and until now the scar stick at my forehead. so I don't have any experience staying at the hospital.

I would like to ask anyone of you who had been admitted before, what was your thinking about all the medical workers? specifically the nurse? (because I am a nurse!). I myself don't even know what people think towards us. and why you think such ways? 
  

   

Saturday 16 April 2011

life means gives!




assalamualaikum!

hai everyone! this blog is being created to share with you everything about what am I thinking about, that I think will be useful to all of us. Insya-Allah I will try my best to give the very best of me, as a student nurse, as a friend, as a daughter, as a sister, and the most important as a slaver of Allah, insya-Allah..