ya Allah, aku berlindung dengan-Mu drpd hati yg tdk khusyuk, doa yg tdk didengari, drpd nafsu yg tdk puas, serta ilmu yg tdk b'manfaat..

Tuesday 19 April 2011

Obesiti!

-Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang-



"pity them..." itulah yang terlintas di fikiran saya apabila melihat berita di tv. dalam menangani obesiti yang dikatakan di tahap membimbangkan bagi rakyat malaysia, kantin sekolah tidak digalakkan untuk menjual nasi lemak! owhh! masih saya ingat ketika saya masih di bangku sekolah rendah dulu, nasi lemak adalah merupakan makanan wajib bagi pelajar-pelajar di sekolah saya, selain mee goreng dan sebagainya.

malaysia dikatakan 'syurga' makanan. ya! daripada sudut pandangan saya sendiri juga begitu. malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai jenis makanan. tak perlu bersusah payah ke luar negara, cari saja apa jua jenis makanan di malaysia, semuanya ada. dari makanan barat, thailand, asia barat, itali, semuanya ada. di tempat saya (alor setar), boleh saya katakan selang beberapa meter saja, ada saja peniaga yang menjual nasi lemak di pagi hari. 

itu cerita bab makanan. balik semula kepada cerita obesiti. apa sebenarnya puncanya? mudah. tidak mengamalkan pemakanan seimbang! tidak saya nafikan keturunan juga merupakan salah satu puncanya. itu faktor yang tidak dapat diubah (unmodified factor). unmodified factor ini sedikit. selain keturunan, gender dan umur juga merupakan sebahagian daripadanya. apa yang dapat diubah (modified factor) adalah lebih banyak daripada yang tidak dapat diubah. jadi ada baiknya kita berusaha mengubah apa yang dapat diubah, seperti mengamalkan diet yang seimbang.

berikut adalah beberapa tips yang boleh kita amalkan dalam mengimbangi diet seharian kita :
1) Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.
2) Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya “Bismillah” dan menyudahinya dengan “Alhamdulillah”.
3) Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.
4) Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.
5) Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.
6) Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.
7) Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
8) Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.
9) Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
10) Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi
11) Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.
12) Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protein dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda.
13) makan mengikut saranan nabi kita,"makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang."


wallahualam...       

No comments:

Post a Comment