ya Allah, aku berlindung dengan-Mu drpd hati yg tdk khusyuk, doa yg tdk didengari, drpd nafsu yg tdk puas, serta ilmu yg tdk b'manfaat..

Thursday 9 June 2011

kisah kambing dan perigi buta

-Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang-

ada seekor kambing yang terjatuh ke dalam sebuah perigi buta. kambing tersebut mengembek sehingga menarik perhatian orang ramai yang lalu lalang. orang ramai berfikir bagaimana ingin membantu mengeluarkan kambing tersebut dari perigi buta itu. perbincangan mengambil masa berhari-hari. malangnya mereka tidak temui cara untuk mengeluarkan kambing tersebut. akhirnya mereka sepakat untuk mengambus perigi tersebut dengan andaian bahawa kambing tersebut tidak dapat diselamatkan lagi dan perlu dikambus bagi mengelak bau busuk bangkai si kambing.

penduduk kampung bergotong-royong menimbus perigi buta itu. sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib si kambing. bukan sekadar terjatuh ke dalam perigi buta, malah ingin dikambus hidup-hidup oleh penduduk kampung. pasti tamat riwayat si kambing. namun kambing tersebut tidak berputus asa. setiap kali tanah dan pasir dituang ke dalam perigi, kambing tersebut akan menggoyangkan badannya bagi menyingkirkan tanah daripada berkumpul di atas belakang badannya.

penat kerana tidak makan dan minum selama beberapa hari tidak dipedulikan sang kambing, sebaliknya makin bersemangat. makin lama makin tinggi timbunan tanah dan makin cerah jugalah harapannya untuk keluar dari perigi tersebut. akhirnya si kambing terselamat. dia melompat keluar dengan girang.

pengajaran : Allah berfirman yang bermaksud; "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (94:5-6)

sumber : Majalah SOLUSI isu no. 32  


No comments:

Post a Comment